User's Manual
21
4. Daripada senarai jatuh bawah Authentication Method
(Kaedah Pengesahan), pilih kaedah pengesahan untuk
rangkaian wayarles anda.
PENTING! IEEE 802.11n/ac standard melarang menggunakan
High Throughput (Truhput Tinggi) dengan WEP atau WPA-TKIP sebagai
sifer unisiar. Jika anda menggunakan kaedah penyulitan ini, kadar data
anda akan merosot kepada sambungan IEEE 802.11g 54Mbps.
5. Masukkan WPA-PSK key (Kunci WPA-PSK) anda (kunci laluan
keselamatan).
6. Klik Apply (Guna) setelah selesai.
3.1.2 Menguruskan klien rangkaian anda
Untuk menguruskan klien rangkaian anda:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab General (Am) > Network
Map (Peta Rangkaian)
2. Pada skrin Peta Rangkaian, pilih ikon Client Status (Status
Klien) untuk memaparkan maklumat rangkaian klien anda.