User's Manual

44
• Roaming Assistant (Bantuan Perayauan): Dalam
kongurasi rangkaian yang melibatkan berbilang Akses, Titik
atau pengulang wayarles, klien wayarles kadang-kadang
tidak boleh menyambung secara automatik ke kecurian AP
yang tersedia kerana ia masih bersambung dengan penghala
wayarles utama. Dayakan tetapan ini supaya klien akan
terputus sambungan daripada penghala wayarles utama
jika kekuatan isyarat berada di bawah ambang tertentu dan
menyambung ke isyarat yang lebih kuat.
• Dayakan Pengintipan IGMP: Dayakan fungsi ini
membenarkan IGMP (Protokol Pengurusan Kumpulan
Internet) dipantau antara peranti dan mengoptimumkan
trak multisiar wayarles.
• Julat Berbilang (Mbps): Pilih julat penghantaran
multisiar atau klik Disable (Nyahdaya) untuk mematikan
penghantaran tunggal secara serentak.
• Jenis Mukadimah: Jenis mukadimah mentakrifkan panjang
masa yang penghala luangkan untuk CRC (Semakan
Lewahan Kitar). CRC adalah kaedah mengesan ralat semasa
penghantaran data. Pilih Short (Pendek) untuk rangkaian
wayarles sibuk dengan trak rangkaian tinggi. Pilih Long
(Panjang) jika rangkaian wayarles anda terdiri daripada
peranti wayarles lama atau legasi.
• AMPDU RTS: Dayakan fungsi ini membenarkan anda
membina sekumpulan bingkai sebelum ia dihantar dan
menggunakan RTS untuk setiap AMPDU bagi komunikasi
antara peranti 802.11g dan 802.11b.
• Ambang RTS: Pilih nilai yang lebih rendah untuk Ambang
RTS (Meminta untuk Dihantar) bagi meningkatkan
komunikasi wayarles dalam rangkaian wayarles sibuk atau
bising dengan trak rangkaian tinggi dan banyak peranti
wayarles.
• Jarak Waktu DTIM: Jarak Waktu DTIM (Mesej Menunjukkan
Lalu Lintas Penghantaran) atau Julat Data Isyarat adalah jarak
masa sebelum isyarat dihantar ke peranti wayarles dalam
mod tidur menunjukkan bahawa paket data menunggu
penghantaran. Nilai lalai adalah tiga milisaat.
• Jarak Waktu Isyarat: Jarak Waktu Isyarat adalah masa antara
satu DTIM dan seterusnya. Nilai lalai adalah 100 milisaat.
Rendahkan nilai Jarak Waktu Isyarat untuk sambungan
wayarles tidak stabil atau untuk peranti perayauan.