User's Manual
34
3.3 Menggunakan Aplikasi USB
Fungsi Aplikasi USb menyediakan submenu AiDisk, Pusat Pelayan,
Pelayan Pencetak Rangkaian.
PENTING! Untuk menggunakan fungsi pelayan ini, anda perlu
memasukkan peranti storan USB, seperti cakera keras USB atau pemacu
kilat USB, ke port USB 2.0 pada panel belakang penghala wayarles
anda. Pastikan peranti storan USB diformat dan dibahagikan dengan
betul. Rujuk tapak web ASUS di http://event.asus.com/2009/networks/
disksupport/ untuk jadual sokongan sistem fail.
3G/4G
Modem USB 3G/4G boleh disambungkan ke BRT-AC828 untuk
membenarkan akses Inernet.
NOTA: Untuk senarai modem USB yang disahkan, sila lawati:
http://event.asus.com/2009/networks/3gsupport/
Untuk menyediakan akses Internet 3G/4G:
1. Daripada panel navigasi, klik General (Am) > USB application
(Aplikasi USB) > 3G/4G.
2. Pada medan Enable USB Modem (Dayakan Modem USB),
pilih Yes (Ya).
3. Menyediakan yang berikut:
• Lokasi: Pilih lokasi pembekal perkhidmatan 3G/4G anda
daripada senarai jatuh bawah.
• ISP: Pilih Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) anda
daripada senarai jatuh bawah.
• Perkhidmatan APN (Nama Titik Akses) (pilihan): Hubungi
pembekal perkhidmatan 3G/4G anda untuk butiran lanjut.
• Nombor Dail dan Kod PIN: Nombor akses pembekal 3G/4G
dan kod PIN untuk sambungan.
NOTA: Kod PIN mungkin berbeza mengikut pembekal berbeza.