User's Manual
Table Of Contents
- 1 Mengenali penghala wayarles anda
- 2 Bermula
- 3 Mengkonfigurasi Tetapan Am
- 4 Mengkonfigurasikan Tetapan Lanjutan
- 5 Utiliti
- 6 Menyelesai Masalah
- Lampiran
34
Penjadualan Waktu
Penjadualan Waktu membolehkan anda menetapkan had masa
untuk penggunaan rangkaian klien.
NOTA: Pastikan bahawa waktu sistem anda disegerakkan dengan pelayan NTP.
Untuk mengkongurasikan Penjadualan Waktu:
1. Dari panel navigasi, pergi ke General (Am) > AiProtection >
Parental Controls (Kawalan Ibu Bapa) > Time Scheduling
(Penjadualan Waktu).
2. Dari anak tetingkap Enable Time Scheduling (Dayakan
Penjadualan Waktu), klik ON (HIDUP).
3. Dari lajur Clients Name (Nama Klien), pilih atau masukkan nama
klien daripada kotak senarai juntai bawah.
NOTA: Anda juga boleh memasukkan alamat MAC klien dalam lajur Client MAC
Address (Alamat MAC Klien). Pastikan bahawa nama klien tidak mengandungi
aksara khas atau ruang kerana ini boleh menyebabkan penghala berfungsi
secara tidak normal.
4. Klik untuk menambah prol klien.
5. Klik Apply (Guna) untuk menyimpan tetapan.