User's Manual
Table Of Contents
- 1 Mengenali EBR63 anda
- 2 Bermula
- 3 Mengkonfigurasi EBR63
- 3.1 QoS Mudah Suai
- 3.2 Pentadbiran
- 3.3 AiMesh
- 3.4 AiProtection
- 3.5 Dashboard (Papan Pemuka)
- 3.6 Kawalan akses peranti
- 3.7 Tembok Api
- 3.8 IPv6
- 3.9 LAN
- 3.10 Alatan Rangkaian
- 3.11 Rangkaian Ditentukan Sendiri
- 3.12 Log Sistem
- 3.13 Monitor Trafik
- 3.14 Aplikasi USB
- 3.15 VPN Fusion (Gabungan VPN)
- 3.16 VPN Server (Pelayan VPN)
- 3.17 WAN
- 3.18 Wayarles
- 4 Utiliti
- 5 Menyelesai Masalah
- Lampiran
24
3.2.2 Sistem
Halaman System (Sistem) membolehkan anda
mengkongurasikan tetapan penghala anda.
Untuk menyediakan tetapan Sistem:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) >
Administration (Pentadbiran) > System (Sistem).
2. Anda boleh mengkongurasi tetapan berikut:
• Ubah kata laluan log masuk penghala: Anda boleh
menukar kata laluan dan nama log masuk penghala wayarles
dengan memasukkan nama dan kata laluan baru.
• Tetapan USB: Anda boleh Dayakan Hibernasi HDD dan ubah
mod USB.
• Kelakuan butang WPS: Butang zikal WPS pada penghala
wayarles boleh digunakan untuk mengaktifkan WPS.
• Zon Masa: Pilih zon masa rangkaian anda.
• Pelayan NTP: Penghala wayarles boleh mengakses pelayan
NTP (Protokol Masa Rangkaian) untuk menyegerakkan masa.
• Pemantauan Rangkaian: Anda boleh mendayakan
Pertanyaan DNS untuk menyemak Nama Hos dan Alamat IP
Yang Ditetapkan, atau mendayakan Ping, kemudian, semak
Sasaran Ping anda.
• Log Keluar Auto: Anda boleh menetapkan masa log keluar
auto.
• Dayakan notis menghala semula pelayar ketika WAN
tiada: Ciri ini membolehkan pelayar memaparkan halaman
amaran apabila penghala terputus sambungan daripada
Internet. Apabila didayakan, halaman amaran tidak akan
muncul.
• Dayakan Telnet: Klik Yes (Ya) untuk mendayakan
perkhidmatan Telnet pada rangkaian. Klik No (Tidak) untuk
menyahdayakan Telnet.
• Kaedah Pengesahan: Anda boleh memilih HTTP, HTTPS,
atau kedua-dua protokol untuk menjamin akses penghala.
• Dayakan Penjadual But Semula: Apabila didayakan, anda
boleh menetapkan Tarikh untuk But Semula dan Masa untuk
But Semula.
• Dayakan Akses Web daripada WAN: Pilih Yes (Ya) untuk
membolehkan peranti di luar rangkaian untuk mengakses
tetapan GUI penghala wayarles. Pilih No (Tidak) untuk
menghalang akses.