User's Manual

Table Of Contents
81
3.17.4 Pelayan Maya/Pemajuan Port
Pelayan Maya / Pemajuan port membolehkan komputer jauh
untuk disambungkan ke komputer atau perkhidmatan tertentu
dalam rangkaian kawasan setempat (LAN) persendirian. Untuk
sambungan lebih laju, beberapa aplikasi P2P (seperti BitTorrent)
mungkin juga memerlukan anda untuk menetapkan tetapan
pemajuan port. Sila rujuk manual pengguna aplikasi P2P untuk
mendapatkan butiran. Anda boleh mendayakan berbilang port
atau liputan port dalam penghala dan menghalakan semula data
melalui port tersebut ke klien tunggal pada rangkaian anda.
Jika anda mahu menentukan Julat Port untuk klien pada
rangkaian yang sama, masukkan Nama Perkhidmatan, Julat Port
(cth. 10200:10300), alamat IP LAN dan biarkan Port Setempat
kosong.
NOTA: Apabila pemajuan port dinyahdayakan, penghala ASUS
menyekat trak masuk tanpa diminta dari Internet dan hanya
membenarkan balasan daripada permintaan luar daripada LAN. Klien
rangkaian tidak mempunyai akses kepada Internet secara langsung, dan
sebaliknya.
Untuk menyediakan Pemajuan Port:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > WAN >
Virtual Server / Port Forwarding (Pelayan Maya / Pemajuan
Port).
2. Luncurkan bar kepada ON (HIDUP) untuk mendayakan
Pemajuan Port, kemudian klik Add Prole (Tambah Prol).
Selepas mengkongurasi tetapan berikut, klik OK.