User's Manual
Table Of Contents
- 1 Mengenali EBM68 anda
- 2 Bermula
- 3 Mengkonfigurasi EBM68
- 3.1 QoS Mudah Suai
- 3.2 Pentadbiran
- 3.3 AiMesh
- 3.4 AiProtection
- 3.5 Dashboard (Papan Pemuka)
- 3.6 Kawalan akses peranti
- 3.7 Tembok Api
- 3.8 IPv6
- 3.9 LAN
- 3.10 Alatan Rangkaian
- 3.11 Rangkaian Ditentukan Sendiri
- 3.12 Log Sistem
- 3.13 Monitor Trafik
- 3.14 Aplikasi USB
- 3.15 VPN Fusion (Gabungan VPN)
- 3.16 VPN Server (Pelayan VPN)
- 3.17 WAN
- 3.18 Wayarles
- 4 Utiliti
- 5 Menyelesai Masalah
- Lampiran
79
3.17.3 Picu Port
Picu Port membolehkan anda mendayakan port data buat
sementara waktu apabila peranti LAN memerlukan akses tanpa
had kepada Internet. Terdapat dua kaedah untuk membuka port
data masuk: pemajuan port dan picu port.
• Pemajuan port mendayakan port data tertentu sepanjang
masa dan peranti mesti menggunakan alamat IP statik.
• Picu port hanya mendayakan port masuk apabila peranti LAN
meminta akses kepada port picu.
Tidak seperti pemajuan port, picu port tidak memerlukan alamat
IP statik untuk peranti LAN. Pemajuan port membolehkan peranti
berbilang untuk berkongsi satu port buka dan port picu hanya
membenarkan satu klien pada satu-satu masa untuk mengakses
port buka.
Untuk menyediakan Picu Port:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > WAN >
Port Trigger (Picu Port).
2. Kongurasi tetapan di bawah yang berikut. Apabila selesai, klik
Apply (Guna).
• Mendayakan Pencetus Port: Pilih Yes (Ya) untuk
mendayakan Picu Port.
• Aplikasi Yang Diketahui: Pilih permainan dan perkhidmatan
web popular untuk menambah ke Senarai Picu Port.