User's Manual

Table Of Contents
44
3.9.2 Pelayan DHCP
DHCP (Protokol Kongurasi Hos Dinamik) adalah protokol untuk
kongurasi automatik yang digunakan pada rangkaian IP. Pelayan
DHCP boleh menetapkan alamat IP kepada setiap klien dan
memaklumkan klien tentang IP pelayan DNS dan IP get laluan
lalai.
Untuk mengkongurasi pelayan DHCP:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) > LAN >
DHCP Server (Pelayan DHCP).
2. Dalam medan Enable the DHCP Server (Dayakan Pelayan
DHCP), tandakan Yes (Ya).
3. Dalam kotak teks Domain Name (Nama Domain), masukkan
nama domain untuk penghala wayarles.
4. Dalam medan IP Pool Starting Address (Alamat Permulaan
Kumpulan IP), masukkan alamat IP permulaan.
5. Dalam medan IP Pool Ending Address (Alamat Akhir
Kumpulan IP), masukkan alamat IP akhir.
6. Dalam medan Lease Time (Masa Pajakan), nyatakan dalam
saat bila alamat IP yang diuntukkan akan tamat tempoh. Sebaik
sahaja ia mencapai had masa ini, pelayan DHCP kemudiannya
akan menguntukkan alamat IP yang baru.