User's Manual

Table Of Contents
21
3.1.2 QoS
Kualiti Perkhidmatan (QoS) memastikan lebar jalur untuk tugasan
dan aplikasi yang diutamakan.
1. QoS Mudah Suai memastikan lebar jalur yang masuk dan
keluar pada kedua-dua sambungan berwayar dan wayarles
untuk aplikasi dan tugasan yang diutamakan melalui praset
seret dan lepas yang ditentukan lebih awal: permainan,
penstriman media, VoIP, pelayaran web dan pemindahan fail.
2. QoS Tradisional memastikan lebar jalur masuk dan keluar
pada kedua-dua sambungan berwayar dan wayarles untuk
aplikasi dan tugasan yang diutamakan melalui parameter yang
ditentukan oleh pengguna manual.
3. Pengehad Lebar Jalur membolehkan anda menetapkan had
kelajuan muat turun dan muat naik.
3.1.3 Web History (Sejarah Web)
Halaman Web History (Sejarah Web) memaparkan sejarah
pelayaran web klien.