User's Manual
Table Of Contents
- 1 Mengenali EBM68 anda
- 2 Bermula
- 3 Mengkonfigurasi EBM68
- 3.1 QoS Mudah Suai
- 3.2 Pentadbiran
- 3.3 AiMesh
- 3.4 AiProtection
- 3.5 Dashboard (Papan Pemuka)
- 3.6 Kawalan akses peranti
- 3.7 Tembok Api
- 3.8 IPv6
- 3.9 LAN
- 3.10 Alatan Rangkaian
- 3.11 Rangkaian Ditentukan Sendiri
- 3.12 Log Sistem
- 3.13 Monitor Trafik
- 3.14 Aplikasi USB
- 3.15 VPN Fusion (Gabungan VPN)
- 3.16 VPN Server (Pelayan VPN)
- 3.17 WAN
- 3.18 Wayarles
- 4 Utiliti
- 5 Menyelesai Masalah
- Lampiran
100
5 Menyelesai Masalah5 Menyelesai Masalah
Bab ini memberikan penyelesaian untuk isu yang anda mungkin
hadapi dengan penghala anda. Jika anda menghadapi masalah
yang tidak disebut dalam bab ini, lawati tapak sokongan ASUS di:
https://www.asus.com/support/ untuk maklumat produk lanjut
dan butiran untuk dihubungi Sokongan Teknikal ASUS.
5.1 Penyelesaian Masalah Asas
Jika anda mengalami masalah dengan penghala anda, cuba
langkah asas dalam bahagian ini sebelum mencari penyelesaian
lanjut.
Naik taraf Perisian Tegar ke versi terkini.
1. Lancarkan Web GUI. Pergi ke Settings (Tetapan) >
Administration (Pentadbiran) > Firmware Upgrade
(Naik Taraf Perisian Tegar). Klik Check (Periksa) untuk
mengesahkan jika perisian tegar terkini tersedia.
2. Jika perisian tegar tersedia, lawati tapak web global ASUS di
untuk memuat turun perisian tegar terkini.
3. Daripada halaman Firmware Upgrade (Naik Taraf Perisian
Tegar), klik Browse (Imbas) untuk mencari fail perisian tegar.
4. Klik Upload (Muat Naik) untuk menaik taraf perisian tegar.
Mula semula rangkaian anda dalam urutan berikut:
1. Matikan modem.
2. Cabut keluar palam.
3. Matikan penghala dan komputer.
4. Palamkan modem.
5. Hidupkan modem dan tunggu selama 2 minit.
6. Hidupkan penghala dan tunggu selama 2 minit.
7. Hidupkan komputer.