User's Manual

8
1.5 Keperluan Penyediaan
Untuk menyediakan rangkaian anda, anda perlukan satu atau dua
komputer yang memenuhi keperluan sistem yang berikut:
Port Ethernet RJ-45 (LAN) (10Base-T/100Base-TX/1000Base-
TX)
Keupayaan wayarles IEEE 802.11a/b/g/n/ac/ax
Perkhidmatan TCP/IP yang terpasang
Penyemak imbas Web seperti Edge, Safari, atau Google
Chrome
NOTA:
Jika komputer tidak mempunyai keupayaan wayarles terbina dalam,
pasang penyesuai IEEE 802.11a/b/g/n/ac/ax WLAN pada komputer
anda untuk menyambung kepada rangkaian.
Dengan teknologi dwi jalur, penghala wayarles anda menyokong
isyarat wayarles 2.4GHz dan 5GHz secara serentak. Ini membenarkan
anda untuk melakukan aktiviti berkaitan Internet seperti melayari
Interet atau membaca/menulis mesej e-mel menggunakan jalur
2.4GHz sementara secara serentak strim fail audio/video berdenisi
tinggi seperti lam atau muzik menggunakan jalur 5GHz.
Beberapa peranti IEEE 802.11n yang anda ingin sambung ke
rangkaian anda mungkin menyokong atau tidak menyokong jalur
5GHz. Rujuk manual peranti untuk spesikasi.
Kabel Ethernet RJ-45 yang digunakan untuk menyambungkan
peranti rangkaian tidak boleh melebihi 100 meter.