User's Manual

41
Jarak Waktu DTIM: Jarak Waktu DTIM (Mesej Menunjukkan
Lalu Lintas Penghantaran) atau Julat Data Isyarat adalah jarak
masa sebelum isyarat dihantar ke peranti wayarles dalam
mod tidur menunjukkan bahawa paket data menunggu
penghantaran. Nilai lalai adalah tiga milisaat.
Jarak Waktu Isyarat: Jarak Waktu Isyarat adalah masa antara
satu DTIM dan seterusnya. Nilai lalai adalah 100 milisaat.
Rendahkan nilai Jarak Waktu Isyarat untuk sambungan
wayarles tidak stabil atau untuk peranti perayauan.
Mendayakan Pecahan TX: Mendayakan Pecahan TX
memperbaiki kelajuan penghantaran di antara penghala
wayarles dan peranti 802.11g.
Mendayakan WMM APSD: Mendayakan WMM APSD
(Penghantaran Jimat Kuasa Automatik Multimedia Wi-Fi)
untuk memperbaiki pengurusan kuasa di antara peranti
wayarles. Pilih Disable (Nyahdaya) untuk mematikan WMM
APSD.
3.8.7 Senarai Sekatan Perayauan
Ciri ini membolehkan anda menambah peranti ke senarai sekat
perayauan dan menghalangnya daripada melakukan perayauan
antara nod AiMesh.