User's Manual

32
3.8 Wayarles
3.8.1 Umum
Tab General (Am) membolehkan anda mengkongurasikan
tetapan wayarles asas.
Untuk mengkongurasi tetapan wayarles asas:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) >
Wireless (Wayarles) > General (Am).
2. Pilih 2.4GHz atau 5GHz sebagai jalur frekuensi untuk rangkaian
wayarles anda.
3. Berikan nama unik untuk SSID (Pengecam Set Perkhidmatan)
atau nama rangkaian anda untuk mengenal pasti rangkaian
wayarles anda. Peranti Wi-Fi boleh mengenal pasti dan
menyambung ke rangkaian wayarles melalui SSID ditentukan
anda. SSID pada panji maklumat dikemas kini apabila SSID baru
disimpan pada tetapan.
NOTA: Anda boleh menugaskan SSID unik untuk jalur frekuensi 2.4GHz
dan 5GHz.
4. Dalam medan Hide SSID (Sembunyi SSID), pilihYes (Ya)
untuk mengelakkan peranti wayarles daripada mengesan SSID
anda. Apabila fungsi ini didayakan, anda perlu memasukkan
SSID secara manual pada peranti wayarles untuk mengakses
rangkaian wayarles.
5. Pilih mana-mana pilihan mod wayarles ini untuk menentukan
jenis peranti wayarles yang boleh bersambung ke penghala
wayarles anda: