User's Manual

18
3.1.6 Privasi
1. Untuk pengikatan akaun, sambungan DDNS dan Jauh
(Aplikasi Penghala ASUS/Aplikasi Lyra/AiCloud/AiDisk):
Sila ambil perhatian bahawa maklumat anda, termasuk nama
model produk anda, versi perisian tegar, status Internet, Alamat
IP, alamat MAC dan nama DDNS, akan dikumpulkan oleh ASUS
menerusi fungsi di atas.
Jika anda mahu menyahdayakan perkongsian maklumat anda
dengan ASUS menerusi fungsi di atas, sila klik Withdraw (Tarik
Balik) di bawah. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian
bahawa ciri/fungsi ini mungkin tidak berfungsi jika anda berhenti
berkongsi maklumat anda dengan ASUS.
PENTING!
Selepas anda mengklik Tarik Balik, beberapa perubahan akan
berlaku seperti yang disenaraikan di bawah:
Nama DDNS yang sedang anda guna tidak akan disimpan dalam
penghala anda.
Aplikasi Penghala ASUS, aplikasi Lyra, AiCloud, AiDisk hanya
boleh digunakan apabila peranti anda berada dalam LAN yang
sama dengan penghala.
2. Notis PRIVASI ASUS (untuk naik taraf perisian tegar/
keselamatan):
Sila ambil perhatian bahawa maklumat anda akan dikumpulkan
oleh penghala ASUS bagi tujuan naik taraf perisian tegar/
keselamatan. Jika anda mahu menyahdayakan perkongsian
maklumat anda dengan penghala ASUS, sila klik Withdraw (Tarik
Balik) di bawah.
PENTING! Mengklik Tarik Balik di sini boleh menyebabkan kegagalan
menaik taraf perisian tegar terkini dan mendapatkan perlindungan
terkini pada penghala ASUS anda. Walau bagaimanapun, untuk
melindungi keselamatan penghala anda dan memastikan pematuhan
terhadap undang-undang, naik taraf bagi menangani masalah
keselamatan penting atau memenuhi keperluan undang-undang/kawal
selia masih akan dimuat turun dan dipasang secara automatik.