User's Manual

14
3.1.2 Sistem
Halaman System (Sistem) membolehkan anda
mengkongurasikan tetapan penghala anda.
Untuk menyediakan tetapan Sistem:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke Settings (Tetapan) >
Administration (Pentadbiran) > System (Sistem).
2. Anda boleh mengkongurasi tetapan berikut:
Ubah kata laluan log masuk penghala: Anda boleh
menukar kata laluan dan nama log masuk penghala wayarles
dengan memasukkan nama dan kata laluan baru.
Tetapan USB: Anda boleh Dayakan Hibernasi HDD dan ubah
mod USB.
Kelakuan butang WPS: Butang zikal WPS pada penghala
wayarles boleh digunakan untuk mengaktifkan WPS.
Zon Masa: Pilih zon masa rangkaian anda.
Pelayan NTP: Penghala wayarles boleh mengakses pelayan
NTP (Protokol Masa Rangkaian) untuk menyegerakkan masa.
Pemantauan Rangkaian: Anda boleh mendayakan
Pertanyaan DNS untuk menyemak Nama Hos dan Alamat IP
Yang Ditetapkan, atau mendayakan Ping, kemudian, semak
Sasaran Ping anda.
Log Keluar Auto: Anda boleh menetapkan masa log keluar
auto.
Dayakan notis menghala semula pelayar ketika WAN
tiada: Ciri ini membolehkan pelayar memaparkan halaman
amaran apabila penghala terputus sambungan daripada
Internet. Apabila didayakan, halaman amaran tidak akan
muncul.
Dayakan Telnet: Klik Yes (Ya) untuk mendayakan
perkhidmatan Telnet pada rangkaian. Klik No (Tidak) untuk
menyahdayakan Telnet.
Kaedah Pengesahan: Anda boleh memilih HTTP, HTTPS,
atau kedua-dua protokol untuk menjamin akses penghala.
Dayakan Penjadual But Semula: Apabila didayakan, anda
boleh menetapkan Tarikh untuk But Semula dan Masa untuk
But Semula.
Dayakan Akses Web daripada WAN: Pilih Yes (Ya) untuk
membolehkan peranti di luar rangkaian untuk mengakses
tetapan GUI penghala wayarles. Pilih No (Tidak) untuk
menghalang akses.