User's Manual
Table Of Contents
- 1 Mengenali penghala wayarles anda
- 2 Bermula
- 3 Lihat Sepintas Lalu Penghala Wayarles anda
- 4 Mengkonfigurasikan Tetapan Lanjutan
- 5 Utiliti
- 6 Penyelesaian Masalah
- Lampiran
78
Untuk menyediakan tetapan Sistem:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings
(Tetapan Lanjutan) > Administration (Pentadbiran) >
System (Sistem).
2. Anda boleh mengkonfigurasi tetapan berikut:
• Ubah kata laluan log masuk penghala: Anda boleh
menukar kata laluan dan nama log masuk penghala wayarles
dengan memasukkan nama dan kata laluan baru.
• Zon Masa: Pilih zon masa rangkaian anda.
• Pelayan NTP: Penghala wayarles boleh mengakses pelayan
NTP (Protokol Masa Rangkaian) untuk menyegerakkan masa.
• Auto Logout (Log Keluar Auto): Sistem akan melog keluar
auto halaman pentadbiran selepas tempoh melahu. Untuk
menyahdayakan log keluar Auto, tetapkan nilai dalam 0.
• Dayakan Telnet: Klik Yes (Ya) untuk mendayakan
perkhidmatan Telnet pada rangkaian. Klik No (Tidak) untuk
menyahdayakan Telnet.
• Kaedah Pengesahan: Anda boleh memilih HTTP, HTTPS,
atau kedua-dua protokol untuk menjamin akses penghala.
• Dayakan Akses Web daripada WAN: Pilih Yes (Ya) untuk
membolehkan peranti di luar rangkaian untuk mengakses
tetapan GUI penghala wayarles. Pilih No (Tidak) untuk
menghalang akses.
• Dayakan Sekatan Akses: Pilih Ya untuk menetapkan senarai
putih yang membenarkan pentadbir mengehadkan dan
mengawal akses kepada alamat IP yang dipercayai sahaja.
a). Allow only specified IP respons (Benarkan hanya
alamat IP tertentu): Klik Yes (Ya) jika anda ingin
menentukan alamat IP peranti yang dibenarkan
mengakses tetapan GUI penghala wayarles daripada
WAN.
a). Specified IP Address (Alamat IP Tertentu): Masukkan
alamat IP WAN peranti perangkaian dibenarkan untuk
mengakses tetapan penghala wayarles. Senarai klien ini
membolehkan anda menambah alamat IP maksimum
sebanyak 4.
3. Klik Apply (Guna).