User's Manual
Table Of Contents
- 1 Mengenali penghala wayarles anda
- 2 Bermula
- 3 Lihat Sepintas Lalu Penghala Wayarles anda
- 4 Mengkonfigurasikan Tetapan Lanjutan
- 5 Utiliti
- 6 Penyelesaian Masalah
- Lampiran
69
4.3.7 DDNS
Menyediakan DDNS (DNS Dinamik) membolehkan anda
mengakses penghala daripada luar rangkaian anda melalui
Perkhidmatan DDNS ASUS atau perkhidmatan DDNS lain.
Untuk menyediakan DDNS:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings
(Tetapan Lanjutan) > WAN > DDNS.
2. Konfigurasi tetapan di bawah yang berikut. Apabila selesai,
klik Apply (Guna).
• Enable the DDNS Client (Dayakan Klien DDNS): Dayakan
DDNS untuk mengakses penghala ASUS melalui nama DNS
dan bukannya alamat IP WAN.
• Server and Host Name (Nama Pelayan dan Hos): Pilih
DDNS ASUS atau DDNS lain. Jika anda ingin menggunakan
DDNS ASUS, isi Nam Hos dalam format xxx.asuscomm.com
(xxx adalah nama hos anda).
• Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan DDNS berbeza,
klik CUBAAN PERCUMA dan mendaftar dalam talian dahulu.
Isi Nama Pengguna atau Alamat E-mel dan Kata Laluan atau
medan Kunci DDNS.
• Enable wildcard (Dayakan kad bebas): Dayakan kad bebas
jika perkhidmatan DDNS anda memerlukan satu.
NOTA:
Perkhidmatan DDNS tidak akan berfungsi di bawah keadaan ini:
• Apabila penghala wayarles menggunakan alamat peribadi IP WAN
(192.168.x.x, 10.x.x.x, atau 172.16.x.x), seperti yang ditunjukkan oleh
teks berwarna kuning.
• Penghala mungkin berada pada rangkaian yang menggunakan
jadual NAT berbilang.