User's Manual
Table Of Contents
- 1 Mengenali penghala wayarles anda
- 2 Bermula
- 3 Lihat Sepintas Lalu Penghala Wayarles anda
- 4 Mengkonfigurasikan Tetapan Lanjutan
- 5 Utiliti
- 6 Penyelesaian Masalah
- Lampiran
55
4.3.1.2 Jalur lebar mudah alih
4G-AX56 mempunyai modem 3G/4G terbina dalam yang
membolehkan anda menggunakan sambungan Jalur Lebar Mudah
Alih untuk akses Internet.
Untuk menetakpan akses Internet jalur lebar Mudah Alih anda:
1. Dari panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings (Tetapan
Lanjutan) > WAN > Internet Connection (Sambungan
Internet), pilih Mobile Broadband (Jalur Lebar Mudah Alih)
dalam medan WAN Interface (Antara Muka WAN).
2. Dalam medan Enable Mobile Broadband (Dayakan Jalur
Lebar Mudah Alih), pilih Enable (Dayakan).
3. Periksa bahawa anda telah memasukkan kad SIM dengan betul
dan mengkonfigurasikan tetapan mudah alih bagi penghala
anda.
4. Untuk mengkonfigurasi sambungan jalur lebar mudah alih anda:
1) Pada medan Network Type (Jenis Rangkaian), pilih rangkaian
utama anda:
• Auto (Lalai): Pilih Auto untuk membenarkan penghala
wayarles memilih saluran yang mempunyai sambungan
tersedia dari rangkaian 4G atau 3G.
• 4G only (4G sahaja): Pilih pilihan ini untuk menyambung
penghala wayarles secara automatik ke rangkaian 4G sahaja.
• 3G only (3G sahaja): Pilih pilihan ini untuk menyambung
penghala wayarles secara automatik ke rangkaian 3G sahaja.
2) Jenis PDP: Penghala wayarles menyokong beberapa Jenis